PPPG (Zon Selatan)

Program Perkampungan Penulis GAPENA.

Program Perkampungan Penulis GAPENA (Zon Selatan) yang diadakan di IPG Kampus Pendidikan Islam Bangi pada 10, 11 dan 12 Oktober 2014 merupakan batu loncatan bagi para pelajar yang berminat dan mempunyai bakat dalam bidang sastera Melayu atau puisi Melayu. Program yang diadakan antara IPG seluruh Malaysia dengan kerjasama Gabungan Penulisan Nasional (GAPENA) sememangnya satu platfom yang sangat membantu menyerlahkan bakat para siswa/siswi pendidik.

Kami, para pelajar PPISMP Sejarah Ambilan Jun 2014 telah berpeluang menyertai perkampungan yang diadakan selama 3 hari 2 malam di IPPIS. Program yang dihadiri oleh tokoh-tokoh sastera yang hebat telah berjaya memberi inspirasi dan membantu menyerlahkan bakat para peserta melalui taklimat dan tips yang diberikan. Program ini terdiri daripada beberapa slot iaitu slot gurindam, seloka, pantun, syair dan sajak. Setiap slot telah mendapat respon yang positif daripada setiap para peserta.

Di akhir perkampungan ini, para peserta telah diminta menyiapkan sebuah sajak dan dua lagi puisi tradisional. Tema yang telah diberikan untuk program ini ialah jati dri dan semangat patriotisma. Berbekalkan nasihat dan pandangan para penceramah yang terdiri daripada tokoh sastera yang tersohor, akhirnya setiap peserta telah berjaya menghasiklan karya masing-masing. Suka untuk saya berkongsi puisi moden yang telah saya cipta. Enjoy it..



Lingua Franca.
(NurSoleha Tulus)

Indah ditutur halus berseni,
santun makna megah diungkap,
tinta penulis kaugenggam erat,
bangga kau menjadi lambang bangsa.

Menjadi ikatan perpaduan yang kuat,
mengukuh erat akar kesetiaan rakyat,
murni kau menjulang tinggi mencipta nama,
pada sejarah bangsa kulit putih,
berzaman engkau menari dibibir,
dan pena si bijaksana.

Namun kini kau semakin kelam,
bangsamu sendiri pengkhianat utama,
duka terlukis pada urat pencintamu,
harapan diukir menjadi penguat bangsa,
agar tidak lenyap ditelan pancaroba zaman.
Ya Rabb mohon dipermudahkan.