Peperiksaan @ Examination
Peperiksaan !!
Minggu peperiksaan hampir tiba. Para siswi pendidik pasti sedang menggunakan minggu belajar dengan sebaiknya. Hal-hal berkaitan tips-tips peperiksaan, tips menguruskan masa, tips belajar dengan baik dan berkesan merupakan perkara-perkara yang biasa didengar dan dilihat apabila minggu peperiksaan hampir tiba. Namun, perkongsian yang ingin saya kongsikan disini adalah berbeza sedikit iaitu kebaikan peperiksaan itu sendiri. Kebiasaannya mentaliti masyarakat Malaysia sering menganggap peperiksaan merupakan suatu perkara yang leceh dan menyusahkan. Namun begitu, tersirat disebalik sistem peperiksaan itu sendiri, kebaikan-kebaikan yang boleh kita perolehi jika kita menerapkan pemikiran positif terhadap sistem peperiksaan.
Di sini saya ingin memaparkan diantara kebaikan-kebaikan peperiksaan terhadap pelajar-pelajar, iaitu:
1. Peperiksaan besar berkemungkinan akan dapat merangsang pelajar-pelajar untuk belajar dan berusaha bersungguh-sungguh supaya dapat mengejar cita-cita dan menjadi orang yang berkelulusan tinggi. Kadang-kadang peperiksaan mampu mengubah seseorang pelajar yang tidak berakhlak dan bodoh kepada pelajar yang dikagumi dan berakhlak tinggi kerana melalui peperiksaan kita akan dapat mempelajari pentingnya ilmu pengetahuan. Sesungguhnya kita akan dapat menilai dan merasakan bahawa usaha kita menghulur tangan kepada sekalian cikgu dan keprihatinan kita yang sentiasa berjaga malam hanya kerana ingin mengulangkaji tidak disia-sia.
2. Peperiksaan boleh mengajar seseorang pelajar bahawa ilmu pengetahuan adalah kunci kejayaan. Sebelum kita berjaya melunaskan cita-cita kita tentu saja banyak dugaan yang mendatang seperti ada seorang pelajar bergelar otak cair yang merupakan saingannya. Tentu mereka akan menemui pelbagai kesusahan kerana mempunyai kepandaian yang sama. Peperiksaan akan memberi kita peluang untuk menilai dan meneliti kebolehan dan bakat seseorang pelajar itu.
3. Peperiksaan juga dapat meningkatkan kedudukan pelajar-pelajar yang lemah kerana dengan adanya dorongan dan didikan yang sempurna mereka akan terangsang untuk memulakan kejayaannya melalui peperiksaan dan setelah percubaan pertama dan seterusnya mereka tidak mungkin akan terkecundang di tengah jalan lagi.
4. Peperiksaan juga dikategorikan sebagai satu pengajaran kerana pelajar akan dapat memperbaiki kesalahan yang telah dilakukan semasa menulis atau membaca.
Justeru itu, ayuhlah kita mengambil segala perkara yang positif melalui peperiksaan. Peperiksaan bukan untuk ditakuti atau dibenci tetapi harus dijadikan kayu ukur pada diri sendiri tentang setinggi mana ilmu dipelajari..
0 comments:
Post a Comment