widgets

PPPG (Zon Selatan)

Program Perkampungan Penulis GAPENA.

Program Perkampungan Penulis GAPENA (Zon Selatan) yang diadakan di IPG Kampus Pendidikan Islam Bangi pada 10, 11 dan 12 Oktober 2014 merupakan batu loncatan bagi para pelajar yang berminat dan mempunyai bakat dalam bidang sastera Melayu atau puisi Melayu. Program yang diadakan antara IPG seluruh Malaysia dengan kerjasama Gabungan Penulisan Nasional (GAPENA) sememangnya satu platfom yang sangat membantu menyerlahkan bakat para siswa/siswi pendidik.

Kami, para pelajar PPISMP Sejarah Ambilan Jun 2014 telah berpeluang menyertai perkampungan yang diadakan selama 3 hari 2 malam di IPPIS. Program yang dihadiri oleh tokoh-tokoh sastera yang hebat telah berjaya memberi inspirasi dan membantu menyerlahkan bakat para peserta melalui taklimat dan tips yang diberikan. Program ini terdiri daripada beberapa slot iaitu slot gurindam, seloka, pantun, syair dan sajak. Setiap slot telah mendapat respon yang positif daripada setiap para peserta.

Di akhir perkampungan ini, para peserta telah diminta menyiapkan sebuah sajak dan dua lagi puisi tradisional. Tema yang telah diberikan untuk program ini ialah jati dri dan semangat patriotisma. Berbekalkan nasihat dan pandangan para penceramah yang terdiri daripada tokoh sastera yang tersohor, akhirnya setiap peserta telah berjaya menghasiklan karya masing-masing. Suka untuk saya berkongsi puisi moden yang telah saya cipta. Enjoy it..



Lingua Franca.
(NurSoleha Tulus)

Indah ditutur halus berseni,
santun makna megah diungkap,
tinta penulis kaugenggam erat,
bangga kau menjadi lambang bangsa.

Menjadi ikatan perpaduan yang kuat,
mengukuh erat akar kesetiaan rakyat,
murni kau menjulang tinggi mencipta nama,
pada sejarah bangsa kulit putih,
berzaman engkau menari dibibir,
dan pena si bijaksana.

Namun kini kau semakin kelam,
bangsamu sendiri pengkhianat utama,
duka terlukis pada urat pencintamu,
harapan diukir menjadi penguat bangsa,
agar tidak lenyap ditelan pancaroba zaman.
Ya Rabb mohon dipermudahkan.


Minggu Sukan IPGKPM

Minggu Sukan IPGKPM 2014

Sempena minggu sukan IPGKPM, semua siswi pendidik diwajibkan melibatkan diri dalam acara sukan. Pelajar PPISMP Jun 2014 diarahkan menyertai formasi sempena majlis pembukaan sukan. Terdapat banyak faedah bersukan yang utama kepada murid antaranya ialah sukan dapat meningkatkan disiplin. Hal ini demikian kerana individu yang ingin berjaya dalam bidang sukan mesti mempunyai disiplin yang tinggi dan dapat mengawal diri untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan. Contohnya, setiap pemain dalam sesebuah pasukan itu mesti menepati masa, rajin berlatih, tidak merokok dan mematuhi arahan jurulatih.  Oleh itu, secara tidak langsung sukan juga turut membentuk disiplin murid tersebut.

Seterusnya, sukan juga penting bagi melahirkan seseorang murid yang sihat. Hal ini demikian kerana bersukan boleh menguatkan otot dan tulang serta menyihatkan badan. Misalanya, seseorang murid yang bersukan pada setiap petang akan membakar lemak berlebihan dalam badan. Oleh itu, murid yang aktif bersukan jarang mendapat demam dan selesema berbanding dengan rakan-rakannya yang tidak bersukan.

Selain itu, seseorang murid yang aktif dalam kegiatan sukan akan terdidik untuk mengagihkan masa dengan sewajarnya kerana masa itu emas. Hal ini dikatakan demikian kerana murid tersebut akan menentukan masa yang sesuai untuk  memberikan tumpuan terhadap sukan dan masa untuknya  belajar.  Contohnya, seseorang murid yang menyertai pasukan sekolah mesti ada jadual latihan sukan dan jadual belajar. Oleh itu, seseorang murid yang aktif dalam sukan juga berjaya dalam pelajaran.

Faedah berikutnya, sukan juga membentuk murid menjadi seseorang yang berfikiran positif. Hal ini dikatakan demikian kerana dengan aktif bersukan seseorang itu dapat berfikir secara rasional dan berkeyakinan tinggi serta tidak cepat berputus asa. Contohnya, Datuk Lee Chong Wei  tetap tidak berputus asa walaupun gagal meraih pingat emas dalam sukan Olimpik baru-baru ini. Oleh itu, sukan penting dalam melahirkan murid yang berfikiran positif.

Akhir sekali, murid yang aktif bersukan juga dapat menggunakan masa lapang mereka dengan lebih bermanfaat. Hal ini dikatakan demikian kerana biasanya murid yang aktif dalam bidang sukan tidak berminat bermain permainan komputer dan tidak akan menghabiskan masanya untuk berpeleseran di pusat beli-belah, menonton televisyen dan berbual-bual kosong. Oleh itu, sudah pasti mereka akan menghabiskan masa dengan lebih bermanfaat.

Izharnya, jelaslah di sini bahawa melibatkan diri dalam sukan banyak membawa faedah kepada murid. Oleh itu, pihak kerajaan perlu menyediakan banyak kemudahan untuk bersukan di sekolah. Ibu bapa pula patut menggalakkan anak-anak mereka bersukan. Begitu juga dengan guru-guru perlu melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran sukan.  Saya percaya dengan adanya kerjasama antara semua pihak lebih ramai lagi jaguh sukan negara yang akan menyerlah di peringkat antarabangsa, asalkan kita tidak melakukannya sekadar hangat-hangat tahi ayam.

who we are??

One day, all of us will be a TEACHER. So heads up, smile and stay strong to be a good one.










Salam

Salam 1 Malaysia. Salam Kemerdekaan. Salam Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta. Salam Islamic Fest IV.




Assignment?!!! Oh tidakkk!!!

Assigment berlambak? Due date da tak lama? Tak tahu macam mne nak start buat assignment? Cari buku ilmiah tak jumpa? Internet lambat?
Inilah masalah yang semua tgh hadapi sekarang..tapi jangan biarkan benda-benda ni semua membuatkan kita stress.Ambil langkah bijak dalam menangini masalah ni semua..Some tips untuk stay calm, positive, proaktif tapi kerja brjalan. Here we go:

1) Senaraikan semua kerja assignment mengikut yang paling penting..Maksudnya due date yang paling cepat.
2) Mula kumpul bahan melalui intenet bila ada masa lapang..Buku-buku boleh try cari dekat library kolej menggunakan OPAC system.
3) Bertanya terus kepada guru jika tidak faham akan tugasan yang perlu dilakukan..
4) Seeloknya rajin-rajin bertanya kepada kawan, berbincang, cari maklumat bersama untuk memudahkan kerja..sharing is caring..
5) Gunakan masa lapang yang ada dengan susun raw material pasal maklumat yang sudah kita cari.
6) Mulakan sekarang kerja kursus anda untuk mengelakkan kerja last minute..

#biasanya kerja last minute ni tak pernah memberi kepuasan kepada kita..nanti jangan komplen-komplen pulak kalau dapat markah  tak sama seperi yang diharapkan..PERINGATAN KEPADA DIRI SENDIRI!!!



Frozen Week










Followers

Dapatkan widget waktu solat ini

Counter


widget